Saturday, May 30, 2009

Cuti Gawai


Yeaayy.. at last dapat merehatkan diri setelah bekerja keras selama 2 minggu.
"Bekerja Keras" tu.. hahaha.. cam iyer-iyer jek. Memang lately Lynn amatlah busy dengan quotation / tender yang tak putus-putus.

Sarawak on 1-2 June adalah Public Holiday sempena "Hari Gawai". Yes..yes..yes.. dapat ler bawak Nini jalan-jalan. Daddy ada planning nak jalan jauh tu... eemm.. tunggu jer la jadi ke tidak.

Ok guys have a nice weekend...

Friday, May 22, 2009

Our 8th Wedding Anniversary

Huhhh.. busy betul kebelakangan ini.. Lynn sepatutnya fly to Jakarta-Bandung on 16th May lepas.. Memandangkan kerja yang melambak-lambak kat Opis nie, my boss tak bagi pegi. Dia bayar balik my ticket.. eemm..


Semalam (21st May, 2009) is our 8th Anniversary. Sekejap jer 8 tahun. Ingat nak keluar Dinner malam tadi. Malangnya my Nini & my dear Hubby kena flu & coughing.. uuuwaaaa..risau giler nie. Dahlah macam2 hal berlaku sekarang nie.. mintak di jauhkan.. Nauzubillah..
Lynn beli small cake jer utk cukupkan syarat.. hehehe.


Pity my little girl .. tapi hari nie dia dah ok sikit. Sekarang nie kat rumah Daddy yg tengokkan. Tengahari tadi Lynn balik rumah sekejap, dia tak bagi Lynn gi opis. Last-last relakan jugak. Lynn kena kerja jugak walaupon tengah kena diarhoea. Malam tadi mau 4 kali pegi tandas. Gara-gara makan "Ayam Penyet" malam tadi.. sambal dia pedas giler.




Friday, May 15, 2009

HaPPy TeaCHeR's DaY

Hari nie School Nini SmartReader Cawangan Rubber Road mengadakan Pot Luck Party sempena "HariGuru"....

Lynn baru dapat memo petang semalam.. eemm.. ingat nak buat Pasta..dahtu nak kena beli bahan-bahan lagi. At last beli butter cake jer kat Bakery.. hehehe.. oklah tu daripada tak ada.


Dahtu pagi tadi masa hantar Nini dieorang dah berkumpul kat luar..sempat la jugak capture 2 photo... Aikk... ramai gak yg bawak butter cake rupanya... hehehe.


Anyway Lynn nak ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar Lynn.. ada ke dieorang baca blog aku nie.. hehehe. Dan tak lupa jugak kepada Guru-guru dan bakal-bakal guru seantero dunia. ceewaahhh... Lynn dulu berangan jugak nak jadi Cikgu.. yelah dulu Arwah bapa Lynn seorang Guru tau, hehehe.. Guru Besar lagi. Tapi seorang pun anak-anak dia tak ikut jejak langkah dia.


Not bad haaa.. photo capture using my Supernova..





Tuesday, May 12, 2009

HaPPy MoTHeR's DaY

Tahun pertama menyambut Hari Ibu tanpa Ibu di sisi... Air mata tak tertahan bila melihat drama-drama yang dimainkan kat TV sempena Hari Ibu.
Alhamdullilah... Lynn dapat jugak merasa macam mana perasaan seorang Ibu. Dapat merasa sakit bersalin, dapat merasa penat lelah menjaga anak (walaupun sorang penat jugak tau nak layan karenah dia), most important thing dapat merasa kasih sayang seorang anak kepada Ibu.

Semalam masuk jer dalam kereta terus menyapa Mummy " Mummy, Nini got something" sambil ambik kertas warna kuning dalam bag .. "Taraaa... supriseeee"


Waaa... anak aku buatkan kad untuk aku. Rasa terharu jugak.. sebab this year dia dah tau apa itu "Mother's Day" .. Lynn tak pernah nak terangkan "Hari Ibu" kat dia.
Maybe Teacher kat school ada bagitau.. and dieorang buat Card untuk Ibu masing-masing.
Bagi Lynn "Hari Ibu" adalah hari between "Me & Nini" nothing to do with Daddy kay..

Last sunday Lynn bawak Nini jalan-jalan, shopping & makan.. tu jer lah xtvt "Mother's Day" tahun nie.
Tanggal 10 Jun 2009 genap la 100 hari pemergian Ibu tercinta.. i really missed her.. Tuhan ajer yang tahu. Semoga rohnya di cucuri rahmat... Al Fatihah..



Thursday, May 7, 2009

Gadget oH Gadget

I dont know where to start.. yesterday is my unlucky day. I lost my N96..uuwwaaa rasa nak nangis pun iyer.. tapi memang nangis pun.


Semenjak pakai N96 Lynn tak pernah capture photo ngan Digicam.. Pakai phone jer coz N96 got 5 MegaPixel.


Dah menjadi kemestian phone & camera bila dah ada anak nie. Nak tengok dia nyer development. Dari kecik sampai ler ke besar, dari kurus sampai ler gemuk, and so and so..


So lunch hour tadi bergegas ke Kedai Nokia beli another handset. Taukey tu kata got new model N97 but expected to arrive Mid of June..uuwwaaa.. tak boleh nak tunggu.

I choose white/purple color.. memang sesuai untuk ladies.

So for the timing Lynn beli ler this 7610 Supernova. This phone got 3.2 MegaPixel. Oklah tu not bad gak photo kalo capture ngan 7610 nie.

Sekarang nie memang perlu banyak duit untuk down payment , bayar lawyer, stamp duty & etc for our new house. Tunggu N97 arrive then decide must beli or not..


Luckily i still got my number setelah menunggu lama di Celcom.

Monday, May 4, 2009

Kepingin Telur Penyu...

Bukan main lagi title.. "Kepingin Telur penyu".. hahaha .. macam orang mengidam.

Memandangkan Lynn teringin sangat nak makan telur penyu so yesterday bermulalah misi mencari. Kiteorang bertiga pegi ke Sematan, kat situ ada jual telur penyu tapi ikut nasib la.

Perjalanan makan masa sejam lebih, hehehe.. nak beli telur penyu macam nak beli dadah.. ceeehh macam ler pernah beli dadah.. hahaha.
Dieorang jual main sorok-sorok., kena tanya dulu. Luckily ada.. dieorang jual sebiji RM 1.30.

Tinggal 50 biji jer lagi.. Lynn rembat semua, yelah bukan senang nak dapat telur penyu nie.

Selesai telur penyu, on the way balik singgah plak kat tempat dieorang jual Keropok dan kuih-kuih kering tradisional. My hubby plak teringin nak makan jeruk buah kedondong, nasib baik ada jual kat sana. Tercapai jugak hasrat kiteorang nak makan telur penyu & jeruk buah kedondong.. hehehe..

Dengan kata lain misi weekend kali nie adalah "Jalan-jalan cari makan"

Ini kat Jeti, air tengah surut time kiteorang sampai...

Nini tak sah kalo tak makan keropok...


Nini yang capture nie... not bad haaaa...


Gerai tepi jalan menjual bermacam jenis keropok & kuih tradisional..

Ini lah dia telur penyu yang aku teringin sangat nak makan...