Wednesday, September 30, 2009

Syawal ke-7 @ Damai Puri Resort & Spa









Seperti yang telah dijanjikan kepada Nini nak bawak dia pegi swimming sambil merehatkan diri selepas penat berhari raya.

Kali nie tempat pilihan di Damai Puri Resort & Spa (Formerly known Damai Lagoon Resort) Banyak yg telah di upgrade BUT food aarrgghhh.. I gave 1 star.

Dinner we makan kat Seafood yang berdekatan, sepanjang raya asyik makan ayam/daging jer kan.

Nini 3 kali masuk pool.. tak lepas peluang. Daddy pun sama, yang ruginya Lynn la.. coz time tu ler Bendera Jepun naik..hehehe.. tak boleh nak berendam sama.
























Tengok tu muka tak puas hati bila di ajak balik bilik.

Friday, September 25, 2009

Aidilfitri 2009













Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua... "Maaf Zahir & Batin"
Lynn dah start kerja 5 Syawal.. tapi masih dalam mood Raya nie walaupon kerja melambak-lambak kat opis nie. Malam hari masih lagi jalan-jalan kat rumah kawan-kawan & sedara mara.
1st day raya lepas solat Raya, ziarah pusara ayah & ibu Lynn. After that pegi rumah mertua & mak-mak sedara yg terdekat.
2nd day plak seawal 3.30 am kiteorang bertolak ke Sarikei. Convoy 4 buah kereta. Memang best...kira balik kampung lah kan.
3nd day berada kat Sibu rumah my sister.. and the next day bertolak balik ke Kuching. Addooii memang penat giler raya tahun nie. Tahun nie langsung tak ada lepak depan TV... asyik jalan jer kerja kiteorang.
Esok plak kiteorang nak merehatkan diri sambil bercanda di tepian pantai.. as usual seperti tahun2 lepas.. lepas penat beraya kiteorang harussss merehatkan diri kat resort & BBQ.

Kat sini malas nak tempek banyak photo... kalo nak tengok photo yg lenlain tu jenguk ler kat Fotopages kay... ada ke orang nak tengok.. hehehe..

Tahun nie pecah record buat baju raya sampai 6 pasang.. tak larat nak upload semua gambar raya yg lebih dari 100 ..

Next entry will be bercanda di tepian pantai @ Damai Puri Resort & Spa pada 7 Syawal.

Tuesday, September 15, 2009

Nak Raya ....

Tinggal beberapa hari lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun yang lepas kiteorang menyambut secara sederhana jer. Yelah 1st year menyambut lebaran tanpa ibu tercinta... tetiba plak rasa sebak nie ha.. terkenang tahun-tahun lepas selepas sembahyang raya masing2 beratur nak bersalaman ngan emak.
Preparation untuk Nini dah 100% completed.. me pun dah completed.. Hubby pun sama. But kuih raya jer lom complete..hehehe.. malam nie nak start buat 2 jenis. Buat yg simple2 jer iaitu Biskut Sarang Semut & Cornflake Badam.
So Lynn nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan yang mengenali walaupun tak pernah bersua muka dan utk semua umat islam seluruh dunia khasnya" "Maaf Zahir & Batin".




Baju Raya semua dah settle... memang berbaloi Lynn hantar tempahan kat "Mak Nyah" nie.. hehehe.. yg pakai baju biru tu ler yg empunya kedai.





Nie plak masa "Hair Do".. si Nini kat main lagi dia dah pandai nak bergaya. Tak nak dinting rambut belakang..dia nak simpan panjang katanya. At last gunting rambut depan jer.
eheemmm.. sudah menjadi kemestian setiap kali menyambut Lebaran.. rambut mesti nak Raya jugak. hahaha..
Taraaaa... rambut Raya ku... 1st time buat Digital Perm..