Tuesday, December 4, 2012

Oppa Eid Style


Pantang dengar lagu Oppa Gangnam Style sure badan bergoyang punya.
Dalam kereta wajib ada Disc PSY nie.. asal nangis jer pasang jer Disc tu sure tak jadi nangis.. hehehe

Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Eid's Turning One


Hari ini genap usia Awangku Mirzan Adha @ Eid 1 Tahun. 
Mengimbau kembali saat-saat menanti kelahiran Putera Bongsu.. ya Putera Bongsu ok untuk setakat ini, Semoga satu hari nanti terbuka hati Encik Suami tersayang nak menambah rakyat Malaysia..hehehe.

Malam tu aku seperti biasa, siap lepak & makan-makan  kat rumah Abangku coz esoknya kiteorang nak sambut Eid ul Adha (Hari Raya Haji). 
Balik rumah dalam pukul 10 malam kemas apa yg patut dan tido.  Tetiba dalam tido terasa sesuatu keluar dari tut** jam masa tu pukul 2.30 pagi. Pegi toilet check..emm ada darah campur air keluar.. releks aku masih boleh tenang. Aku siap mandi pakai pad semua bagai.. yalah takut macam bersalin Nini dulu Air ketuban pecah kat rumah tapi Eid sebaliknya.. Eid keluar tanda Darah. Selepas mandi pakai baju then baru aku kejutkan Encik Suami & Nini. Alahai contraction dah start emm..tapi masih boleh bertahan. Encik Suami pulak siap mandi & iron baju lagi..adehh..

Pukul 5.00 pagi bergerak ke Hospital…terus register kat Labour Room. Doc check dah 5cm.. samaada stay kat Labour Room or hantar ke Wad. So Doc decide stay kat Labour Room jer.  Dia masukkan ubat untuk clear bowl (ubat berak la tu.. hehehe). Pastu dia tolak masuk Labour Room. Memandangkan air ketuban aku belum pecah so Doc prepare nak bagi pecah aku nyer Air Ketuban. Belum sempat Doc nak masukkan sesuatu kat dalam tu dia dah pecah dgn sendirinya.. Alhamdullilah dlm hati ku ..tak sempat dia orang nak korek hehehe..

Tak da beza bersalin Eid dan Nini.. sama jer ku rasa.. kira aku nie jenis mudah bersalin,  tak lama kat dalam Labour Room..Maybe masa ngandung tu aku banyak berjalan kot.

Aku nyer EDD pada 13hb Nov, kira awal seminggu la kan. Pada tanggal 6hb Nov 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 (Hari Ahad) tepat pukul 8.51 pagi Eid selamat ku lahirkan.  Dan sekarang dah setahun pun umur Eid. 

Happy 1st Birthday my Prince. Semoga menjadi anak yg Soleh dan sihat selalu. 

Yang photo atas nie cake cutting during Raya Haji hari tu...



Friday, September 7, 2012

Saturday, July 7, 2012

Eid 8 mos old

Pity my little boy.. dalam masa sebulan jer berat badan dia turun disebabkan demam berpanjangan.
Gigi dah nak keluar 2 batang sekali kat bahagian bawah depan.. patut pun kan.

7 months old.

tengok ler berapa beza badan dia masa 7 months & today genap 8 months.


8 months old

Wednesday, May 30, 2012

Alahai Eid..

Musim demam bermula... memula si adik kemudian si Kakak..
Eid demam on/off.. 2 / 3 hari lepas dah ok..tetiba malam tadi pukul 3 pagi badan panas cecah 38.6 deg. C.
Berak plak tahi warna hijau..esshh.. kenapa ek? Adakah disebabkan susu. Dah macam2 susu kiteornag tyr.. memula Anmum pastu S26 yg terbaru Isomil. Doc rekomen Isomil coz Lactose Free..dia berak2 lately.
Dah 2 kali appointment nak gi inject 6 months kena postpond coz dia demam.

Kakak Nini plak batuk & selsema.. luckily dia tak demam.. tapi macam weak jer dia.
Hopefully dieorang cekap sembuh.

Nie photo ketika Eid 5 months old. Sekarang nie badan dia dah susut sikit coz tak ambik solid food dah seminggu lebih. Susu pun dia cam kurang jer.. risau jugak dibuatnya.

Monday, May 14, 2012

6 months old




Eid 6 months old already...

Wednesday, February 29, 2012

Baby Eid 3 months old...









Tengah risau HFMD telah menular 4 kali ganda kat Sarawak nie. Ya allah ko lindungilah anak-anakku. Sekarnag nie pun kakak & Adik kena selsema. Risau jugak dibuatnya. Adik kecik lagik nak makan ubat. Pastu terbaca satu artikel nie mengatakan yg Madu tak boleh diambil oleh bayi yg berumur 1 tahun kebawah. Adooii.. aku dah bagi kat Baby Eid nie madu.. kena stop la lepas nie.