Thursday, April 3, 2014

Nini 9th Birthday

Salam...
Pejam celik pejam celik tak terasa esok dah masuk genap 9 tahun usia Nini.
Esok just cake cutting jer kot..maybe akan celebrate di kemudian hari.



Wednesday, November 6, 2013

Saturday, April 13, 2013

Wednesday, January 2, 2013

Penghujung cuti sekolah

Holiday yang tidak di rancang.. bila time nak beli ticket flight time hujung tahun..Lagi lah kiteornag fly on X-Mas Eve...mak aiii.. harga..hambek ko.. Tu lah padahnya kalo last minit plan.
Cuti aku memang dah habis dah untuk tahun 2012. Memandangkan Kakak Nini asyik dok tanya Legoland bila keluar iklan kat dalam tv. Emm.. nak tak nak mintak simpati boss advance 2 days leave utk Tahun 2013.. hehehe..boleh plak camtu ek..

So... let the pictures talk .. hehehe malas nak taip panjang..









Tuesday, December 4, 2012

Oppa Eid Style


Pantang dengar lagu Oppa Gangnam Style sure badan bergoyang punya.
Dalam kereta wajib ada Disc PSY nie.. asal nangis jer pasang jer Disc tu sure tak jadi nangis.. hehehe

Tuesday, November 20, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Eid's Turning One


Hari ini genap usia Awangku Mirzan Adha @ Eid 1 Tahun. 
Mengimbau kembali saat-saat menanti kelahiran Putera Bongsu.. ya Putera Bongsu ok untuk setakat ini, Semoga satu hari nanti terbuka hati Encik Suami tersayang nak menambah rakyat Malaysia..hehehe.

Malam tu aku seperti biasa, siap lepak & makan-makan  kat rumah Abangku coz esoknya kiteorang nak sambut Eid ul Adha (Hari Raya Haji). 
Balik rumah dalam pukul 10 malam kemas apa yg patut dan tido.  Tetiba dalam tido terasa sesuatu keluar dari tut** jam masa tu pukul 2.30 pagi. Pegi toilet check..emm ada darah campur air keluar.. releks aku masih boleh tenang. Aku siap mandi pakai pad semua bagai.. yalah takut macam bersalin Nini dulu Air ketuban pecah kat rumah tapi Eid sebaliknya.. Eid keluar tanda Darah. Selepas mandi pakai baju then baru aku kejutkan Encik Suami & Nini. Alahai contraction dah start emm..tapi masih boleh bertahan. Encik Suami pulak siap mandi & iron baju lagi..adehh..

Pukul 5.00 pagi bergerak ke Hospital…terus register kat Labour Room. Doc check dah 5cm.. samaada stay kat Labour Room or hantar ke Wad. So Doc decide stay kat Labour Room jer.  Dia masukkan ubat untuk clear bowl (ubat berak la tu.. hehehe). Pastu dia tolak masuk Labour Room. Memandangkan air ketuban aku belum pecah so Doc prepare nak bagi pecah aku nyer Air Ketuban. Belum sempat Doc nak masukkan sesuatu kat dalam tu dia dah pecah dgn sendirinya.. Alhamdullilah dlm hati ku ..tak sempat dia orang nak korek hehehe..

Tak da beza bersalin Eid dan Nini.. sama jer ku rasa.. kira aku nie jenis mudah bersalin,  tak lama kat dalam Labour Room..Maybe masa ngandung tu aku banyak berjalan kot.

Aku nyer EDD pada 13hb Nov, kira awal seminggu la kan. Pada tanggal 6hb Nov 2011 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1432 (Hari Ahad) tepat pukul 8.51 pagi Eid selamat ku lahirkan.  Dan sekarang dah setahun pun umur Eid. 

Happy 1st Birthday my Prince. Semoga menjadi anak yg Soleh dan sihat selalu. 

Yang photo atas nie cake cutting during Raya Haji hari tu...