Saturday, November 21, 2009

Eugene & Geraldine Reception

Date : 14-Nov-2009
Venue : Riverside Majestic Hotel
Time : 7.30 pm











Eugene Lai is the eldest Son of Mr. David Lai (Boss kiteorang ler).
How time flies kan.. masa memula kerja ngan bapak dia, dieorang masih dalam Secondary School. After graduated dia kerja sama ngan kiteorang tapi dia jaga Branch kat Damansara.

Cantikkan wife dia .. bercinta masa sama-sama study kat Perth. Wife dia Engineer memang baik and tak sombong. Memang padan macam pinang dibelah dua.




























Monday, November 2, 2009

Rosebell-Alan Reception @ Hilton









Date : 31st October 2009 (Saturday)
Time : 7.30 pm
Venue : Grand Ballroom Hilton Hotel










Me with my brother Mos











Mak-mak budak interframe

Tuesday, October 27, 2009

Tak tau apa nak dibuat...

Cam iyer-iyer jer title kat atas tu.. memang betul pun. Dekat-dekat nak hujung tahun nie tak banyak tender/quotation yg keluar. So kerja pun tak banyak.. sekrang nie sibuk bekerja jadi Chef kat Cafe World..kat mana?? Kat Facebook la.. hahaha..


Haaa.. citer pasal hujung tahun.. Nini nyer exam result dah keluar..Semalam ada Parents-Teacher Meeting kat School dia.
So keputusan nya dia dapat English 100% - Math 98% BM - 70%.
Ntah pasapa dia boleh dapat 70% dalam BM. Teacher dia kata sometime dia confuse between English & BM. Kena buat lebih homework in BM nampak gayanya. Dia baru 4 years old..ada 2 tahun lagi dalam Pre-School nie.

Kat sekolah dia ada 2 class untuk 4 years old. Dia dalam kelas S4(Red) .. Teacher kata class nie advance sikit dari class yg satu lagi. Dalam kelas dia ada 15 orang. Dia dapat nombor 5 dalam kelas.. ok lah tu kan dapat Top 5. Hopefully next year prestasi dia tak menurun.

Rumah baru kiteorang lom siap lagi, masih under renovation. Barang-barang dalam rumah dah siap beli dah. Last weekend gi beli Lampu. Semua bilik di tukar ke lampu baru. Cat memang dah awal-awal beli rasanya tak cukup kena beli lagi kot. Sofa pun dah beli tapi masih simpan kat kedai. Aduhhaiii... dah nak kering duit lam bank haa. Memang berbudget betul-betul.Oklah nak sambung masak kat Cafe World.. hehehe.. dah addict dah nie.

Monday, October 12, 2009

Sesi mencuci rumah...

Alhamdulillah dah dapat kunci rumah selepas almost 6 months S&P process.

So yesterday sesi cuci mencuci.

Last week dah beli cat sebelum mengecat kena buang semua cat lama dulu kan, baru cat tahan lama. Nie tengah pikir cam mana nak hias rumah yg cenconet tu. Kalo terover hias kang jadi sempit... see how la..





DH tengah concentrate buang semua cat kat bahagian depan dengan Pressure Water Jet.












Me, my brother Mos & Nini mencuci bahagian dalam rumah.
























Nini tengah menyental tile bahagian Dining Room.












Living room yang akan di cat semula. Lynn tak suka pakai border.










Banyak lagi benda nak kena tukar kalo nak buat Make-Over nie..
Nantilah kalo dah siap Lynn upload kat sini cam mana ghuper rumah kiteorang yg tak seberapa nie selepas di deco hasil idea sendiri.. hehehe.

Wednesday, September 30, 2009

Syawal ke-7 @ Damai Puri Resort & Spa









Seperti yang telah dijanjikan kepada Nini nak bawak dia pegi swimming sambil merehatkan diri selepas penat berhari raya.

Kali nie tempat pilihan di Damai Puri Resort & Spa (Formerly known Damai Lagoon Resort) Banyak yg telah di upgrade BUT food aarrgghhh.. I gave 1 star.

Dinner we makan kat Seafood yang berdekatan, sepanjang raya asyik makan ayam/daging jer kan.

Nini 3 kali masuk pool.. tak lepas peluang. Daddy pun sama, yang ruginya Lynn la.. coz time tu ler Bendera Jepun naik..hehehe.. tak boleh nak berendam sama.
























Tengok tu muka tak puas hati bila di ajak balik bilik.

Friday, September 25, 2009

Aidilfitri 2009













Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua... "Maaf Zahir & Batin"
Lynn dah start kerja 5 Syawal.. tapi masih dalam mood Raya nie walaupon kerja melambak-lambak kat opis nie. Malam hari masih lagi jalan-jalan kat rumah kawan-kawan & sedara mara.
1st day raya lepas solat Raya, ziarah pusara ayah & ibu Lynn. After that pegi rumah mertua & mak-mak sedara yg terdekat.
2nd day plak seawal 3.30 am kiteorang bertolak ke Sarikei. Convoy 4 buah kereta. Memang best...kira balik kampung lah kan.
3nd day berada kat Sibu rumah my sister.. and the next day bertolak balik ke Kuching. Addooii memang penat giler raya tahun nie. Tahun nie langsung tak ada lepak depan TV... asyik jalan jer kerja kiteorang.
Esok plak kiteorang nak merehatkan diri sambil bercanda di tepian pantai.. as usual seperti tahun2 lepas.. lepas penat beraya kiteorang harussss merehatkan diri kat resort & BBQ.

Kat sini malas nak tempek banyak photo... kalo nak tengok photo yg lenlain tu jenguk ler kat Fotopages kay... ada ke orang nak tengok.. hehehe..

Tahun nie pecah record buat baju raya sampai 6 pasang.. tak larat nak upload semua gambar raya yg lebih dari 100 ..

Next entry will be bercanda di tepian pantai @ Damai Puri Resort & Spa pada 7 Syawal.

Tuesday, September 15, 2009

Nak Raya ....

Tinggal beberapa hari lagi umat islam seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri.

Seperti tahun-tahun yang lepas kiteorang menyambut secara sederhana jer. Yelah 1st year menyambut lebaran tanpa ibu tercinta... tetiba plak rasa sebak nie ha.. terkenang tahun-tahun lepas selepas sembahyang raya masing2 beratur nak bersalaman ngan emak.
Preparation untuk Nini dah 100% completed.. me pun dah completed.. Hubby pun sama. But kuih raya jer lom complete..hehehe.. malam nie nak start buat 2 jenis. Buat yg simple2 jer iaitu Biskut Sarang Semut & Cornflake Badam.
So Lynn nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan yang mengenali walaupun tak pernah bersua muka dan utk semua umat islam seluruh dunia khasnya" "Maaf Zahir & Batin".




Baju Raya semua dah settle... memang berbaloi Lynn hantar tempahan kat "Mak Nyah" nie.. hehehe.. yg pakai baju biru tu ler yg empunya kedai.





Nie plak masa "Hair Do".. si Nini kat main lagi dia dah pandai nak bergaya. Tak nak dinting rambut belakang..dia nak simpan panjang katanya. At last gunting rambut depan jer.
eheemmm.. sudah menjadi kemestian setiap kali menyambut Lebaran.. rambut mesti nak Raya jugak. hahaha..
Taraaaa... rambut Raya ku... 1st time buat Digital Perm..