Thursday, July 30, 2009

Update... nak release tension

Rasanya tahun nie ramai yang beli rumah, Lynn pun tak ketinggalan walaupon beli yg 2nd hand jer. Setakat yang termampu almaklumlah kan Lynn kerja company kecik jer so payah sikit nak dapat pinjaman.

Sampai sekarang process transfer lom settle lagi.. Maybe kengkawan pun pernah mengalami.. Lawyer yg sangat "slow melow". Tapi tak per Lynn tetap sabar menunggu..hopefully before Raya.

Bila pikirkan balik dah banyak jugak fulus yg keluar.. nanti kalo dah dapat kunci banyak lagi fulus akan keluar. Bayar lawyer lagi, utilities & etc. Nasib baik rumah nie dah ada gril & cat pun masih ok.. kena touch-up sikit2 jer.. BUT Lynn ada taste sendiri..kena "Repainting" jugak.. nak ikut ala-ala macam Eric Leong..ada feature wall and so..and so.

Maybe Lynn patut buat Checklists macam kengkawan buat :-
  1. Tukar pagar entrance.
  2. Tukar fence yang sedia ada dengan concrete
  3. Beli Sofa
  4. Buat curtains
  5. Renovate Wet Kitchen
  6. Shower screen
  7. Deko bersama Lynn esp. utk Ruang tamu & bilik Nini.

Yang tu jer penting kot, ikut fulus yang ada. Kalo nak tambah lagi tunggu Mr. BON early next year hehehe..

Tadi baru jer call my broker, Concern dari developer dah dapat. Lawyer dalam process buat S&P nak pegi stamping and so on. Dia kata will settle within 2 to 3 weeks. Sebulan jugak makan masa tu.. tak per masih boleh bersabar. Just wait & see jer la.. Even bank pun dah call Lynn tanya S&P dah siap belum maybe dieorang nak release payment kot.
Penantian itu satu penyiksaan..uwaaa



Tetiba plak ada photo Nini... terkeluar dari topic. Sajer nak war-warkan Kuching sekarang nie padat dengan macam-macam xtvt. Antaranya Kapal berhias (nampak tak kat belakang tu), Regatta, dan macam-macam lagi ..









After sesi lepak melepak kat Kuching Waterfront, we ols pegi dinner kat Top Spot Seafood.. eemm.. Lynn teringin nak makan Oyster Egg and Nini favourite too.

Thursday, July 16, 2009

Day 2 : Kuala Kangsar & Batu Feringghi

Hari nie lunch kat rumah jer, coz my brother nak merasa kari dhal & sayur midin yg dibawa khas dari Kuching.












Sementara tunggu dieorang balik dari Pasar Lynn bertenet dulu ..Nini plak layan Cartoon. Dia boring sensorang coz the 2 boys pegi school.













After lunch around 2.00pm kiteorang memulakan perjalanan.
Survey barangan untuk perkahwinan anak saudara Lynn hujung tahun nanti. Adooiii.. rambang mata haa. dengan bunga telur macam2 pattern, Paper bag murah-murah plak tu.

















Nie dah kat Kuala Kangsar, sempat plak makan dorian..hehehe





























Tak lama kat Penang coz dah nak malam. Lepas tu terus pecut ke Taiping nak makan Mee Udang yang Famous kat Taiping tu. Sampai sana kedai tu tutup, aduhaii bukan rezeki kiteorang agaknya. So dinner kat restoran seafood dekat situ jer.

Sampai rumah pukul 11.30pm.. packing barang and tido around 12.00 pm. Pukul 3.00 am dah nak bangun coz ambik train ke KL pukul 4.30 am. Luckily Nini good girl pagi tu tak bad mood. 1st time Lynn & Nini naik train nie..hahaha.



Sampai KL pukul 7.30 am.. simpan semua bag kat locker KL Sentral. Kiteorang mulakan sesi bershopping lagi.. kedai masih tutup so gi breakfast dulu. Lepas breakfast sempat ler singgah kat Jakel & Sogo. Then proceed to Airport for departure....




*** Vacation yang amat memenatkan tapi happy & puashati..hehehe

Wednesday, July 15, 2009

Day 1 : Lost World of Tambun

Cuti-Cuti Malaysia

Venue : Ipoh, Perak
Date : 11th - 14th July 2009
Trip yang sangat singkat, hari nie badan terasa sangat lesu, ngantok, lenguh, semua ada.. malas sangat nak buat kerja.

Oklah Lynn upload photo yang ada dalam hp.

Malam masa nak depart kat Airport Kuching, alkisah pasal mask nie. Lynn dah awal-awal beli mask yg hard material tu boleh plak terlupa nak bawak. Terpaksa ler beli mask jenis nie.. aduhhaii harga dieorang jual kat airport nie RM 5.00 untuk satu. Yang Lynn beli kat Pharmacy jenis keras tu baru RM 1.50.









Keesokan harinya my brother bawak gi Lost World of Tambun. Nini memang suka kalo bab Splashing nie.. sampai tak nak balik. Dahtu kena Sunburn plak ha..dia memang enjoy sakan.
Yang dua orang budak lelaki 'Obe' tu..cousin Nini. Anak abang Lynn.. ngam ler tu dieorang bertiga.

Spesis 'Debab'.




































































Malam nyer plak kiteorang buat Suprise Birthday Party untuk my Sister.

Dinner Buffet Stimbot.. makanan kat sini ok ok jer..







































Tuesday, July 7, 2009

BloGGeR AwaRD FrieNdShiP


Dapat tag daripada Dora http://mrskhairur.blogspot.com/
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.Award ni dapat dari Dora.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)
  1. Anak bongsu dari 11 orang adik beradik.. sebab tu manja lebih..
  2. Nama masa sekolah "Maja", nama kat rumah "Lynn", nama kat opis "Lina".. aduhaiii.. berapa banyak nickname daaa..
  3. Umur dah 34 tahun tapi anak still sorang.. aku pasrah
  4. First impression orang kata saya ni sombong. Maybe "PR" tak berapa bagus or maybe aku mahal dengan senyuman. Aku takut orang akan kata aku "gila" .. tersenggeh sorang-sorang.. boleh plak macam tu. Sebenarnya saya nie jenis "Pemalu"
  5. Saya suka buat collection minyak wangi.. tak kisah ler yang harga belasan ringgit hingga ler ratusan ringgit.
  6. Suka syok sendiri... nie kes suka bermake-up kat rumah yer kengkawan. Kengkadang sampai hubby pun pelik. Sebenarnya saja nak buat experiment kat muka sendiri.
  7. Berkongsi hobi dengan hubby minat kucing dari dulu kini dan selamanya.
  8. Suka makan..pantang orang kata sedap.. mesti cari sampai dapat.
  9. Memang suka masak, specialities adalah Kari, tak kiralah kari ayam, daging or ikan..
  10. Suka melancong dengan kata lain suka lihat negeri orang.. adat resam, kebudayaan.. and etc

Ok lah dah abis pun 10 fakta/ hobi pasal saya...


4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

The Blogger Award Friendship goes to :

1) Akma
2) Nury
3) Ani
4) Azniza

Friday, June 26, 2009

NiNi iN AcTioN



"Cantik tak Uniform Nini?" Tanya Nini kepada Daddy yang sedang tido di pagi hari...hehehe


Dah tengah tahun baru dapat Uniform .. lepas nie tak ada la Lynn nak pening kepala nak pilih baju apa untuk Nini pakai ke School.

Nini kat SR fullday.. hantar pagi balik petang. Senang kerja Lynn.. kalo halfday kat sana nak kena hantar dia ke rumah bbsitter lagi...better hantar fullday kan.



So far alhamdullilah semenjak hantar dia kat SR early this year banyak improvement.
Insyallah next year pun Lynn akan sambung kat sini jugak.

Wednesday, June 24, 2009

Today is my 34th Birthday

Aiyak.. dah 34 tahun dah ke? 6 tahun akan datang dah nak masuk angka "4".. addoii.. risau tahap gaban dah nie. Mana tak nya.. Lynn masih belum ada tanda-tanda nak pregnant lagi. Bulan nie period delayed lagi.. suppose period on 10th June..nie dah delayed 2 weeks. Pagi tadi check Urine still negative.. frust tol rasanya.

Risau la... takut kang kalo dah umur 35 keatas pregnant takut tak sesuai. Nanti effect kat baby & ibunya.. Nauzubillah. Harus makan ubat subur lepas nie. Dulu masa nak ngandungkan Nini Lynn try naturally..tak ada bergantung pada ubat. Sekarang nie memandangkan umur dah semakin meningkat kena jugak ler makan ubat.

My dear hubby macam tak ada plan jer nak dinner malam nie... tak per yang penting dia ingat my special day. Oklah just wait & see apa yang akan berlaku selepas kerja petang karang.. hehehe.. tapi Lynn tak ada la mengharap sangat. Yang Lynn sangat berharap pagi tadi masa check Urine. Mintak2 positive ..tapi dengan sedihnya satu line jer keluar...uuwaaaa...


.......................................................................................................................

We having our dinner at Top Spot Seafood ..ingatkan tak ada yang nak celebrate Birthday Lynn.. hahaha. I got my White Choc Macadamia SR from my bachelor brother... memang marvellous..



Nini yang happy sakan malam tadi, macam dia plak yang empunya Birthday.






















My brother yang makan tak hengat..




Friday, June 5, 2009

Sarikei & Sibu (31st May till 2nd June)



Yup... hari nie free sikit boleh ler update my blog.
Nak citer pasal trip kiteorang ke Sarikei & Sibu. Pada hari ahad (31st May) lepas seawal 4.00 pagi kiteorang bertolak dari rumah. Perjalanan dari Kuching ke Sarikei makan masa 5 jam. Dari Sarikei ke Sibu plak 1 jam.






Sampai Sarikei we ols singgah rumah my Uncle, borak-borak & minum-minum, dan bagi mandi Nini. Lepas tu terus pecut ke Sibu. We ols tak stay kat Sarikei tapi bermalam kat Sibu.



Bontot sapa nie?
Favourite Hotel Daddy semestinya RH Hotel. Stay kat Sibu 2 malam... Small town jer pi mai pi mai tang tu jugak.. hehehe.. Sibu is birth place for me and hubby. Tapi dibesarkan kat Kuching. But Daddy memang di besarkan kat Sibu nie. Kat Sibu Daddy buat ala-ala "Trek Celebtrity" hahaha.. mana tidaknya. Dia tunjuk sekolah dia dulu, rumah quarters dieorang, padang bola tempat bermain.. hahaha..


Hari Selasa balik Kuching, On the way tu singgah lagi ke Sarikei.. beli apa yang patut. Antaranya buah-buahan & kuih muih. Bertolak balik pukul 12.30 tengahari dari Sarikei.. sampai Kuching pukul 6.00 petang sebab berhenti makan dan round-round Bandar Sri Aman.




Nini kalo tak mandi kat Pool tak sah...

Buffet Breakfast.. marah Mummy coz snap gambar dia.. hahaha

Next month plak trip to Perak...